JANUARI 2024

Lawatan Ke Dataran Ibupertiwi Dan Tapak Tiang Bendera Ibupertiwi


KUCHING, 1 Jan - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abg Johari bin Tun Abg Openg telah mengadakan lawatan ke Dataran dan Tapak Tiang Bendera Ibupertiwi bagi melihat lebih dekat struktur dan konsep Dataran dan Tiang Bendera Ibupertiwi setinggi 99meter tertinggi di Asia Tenggara yang telah disahkan oleh Malaysia Book of Record ( MBOR )

Katanya lagi, keputusan Kerajaan membina tiang dan dataran tersebut adalah untuk tarikan Pelancongan dan lokasi berdekatan juga mempunyai sejarah tersendiri seperti Bangunan Astana, Fort Mahgreta, DUN Sarawak dan Tanjong Kubu ( Lokasi Tiang dan Dataran Ibupertiwi ).

Tambahnya lagi, ianya juga bagi menaikan semangat patriotik orang sarawak sekarang dan masa depan agar mereka mempertahankan kedaulatan serta kehebatan Bendera Ibupertiwi setinggi tiang tersebut dengan falsafahnya "Kita cinta, Kita bekerja dengan jujur dan dedikasi hidup kita untuk Sarawak" . 

Beliau juga merakamkam terima kasih kepada pihak Petros, Petronas dan Shell yang telah membiayai sepenuhnya projek tersebut. 

Turut hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Dato Sri Prof Dr Sim Hui Kian, Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Persembahan, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi,YB Datuk Haji Abdul Rahman bin Junaidi, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Abu Bakar bin Marzuki dan dif-dif kenamaan lain

Sumber dari : Sarawakku